“Lupa Nak Rakam, Boleh Berlakon Balik Tak?” – Imran Aqil Beri Dahlia Rizal Bunga, Ramai Peminat Single Meronta-Ronta

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh.

@indomie.dGeram je i tgk perangai dia ni. Sib baik sayang

♬ original sound – Dahlia Rizal

Terbaharu, tular satu perkongsian di laman TikTok yang dimuat naik oleh Dahlia memaparkan Imran membuat kejutan dengan memberikan bunga kepadanya.

Menerusi entri tersebut, Dahlia memberitahu bahawa tunangnya itu sengaja mengusik dirinya, mengatakan dia terlupa untuk merakamkan aksi Dahlia yang terkejut apabila mendapat bunga tersebut.

“Sayang I lupa nak record your reaction, Boleh you berlakon balik tak?” ucap Imran.

Dalam pada itu, Dahlia juga meluahkan rasa sayang terhadap Imran biarpun perangai manja tunangnya itu kadang-kadang membuat dirinya menjadi geram.

“Geram je I tengok perangai dia ni, nasib baik sayang.” tulis Dahlia.

Meninjau ke ruangan komen, warganet gembira melihat hubungan mereka berdua dan ada juga yang berseloroh menzahirkan rasa sedih mereka kerana masih single.

“Ya betul la jiwa single ku meronta-ronta.” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 78,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka.

Halimey Zamal