Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36.

Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 pagi, hari ini.

Pasangan merpati dua sejoli itu telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung Hana iaitu Ismail Dahwan dan majlis tersebut dihadiri hampir 100 orang tetamu terdiri dari keluarga, rakan rapat, dan media.

Turut hadir, rakan-rakan Syed yang diterbangkan dari Yaman ke Malaysia.

Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful telah menyerahkan mas kahwin seutas gelang tangan emas kepada Hana atau nama sebenarnya, Nurulhana Ismail.

Terdahulu, Syed dan Hana telah mengikat tali pertunangan pada bulan November yang lalu namun berita itu dirahsiakan dan hanya dihadiri saudara dan kenalan terdekat sahaja.

Halimey Zamal