Rangkul 7 Anugerah, Spilt Gravy Bawa Pulang Trofi Filem Terbaik… Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 32

Acara kemuncak industri filem Malaysia, Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) berlangsung dengan meriah sebentar tadi.

Berlangsung dengan meriah di Encore Theatre, Melaka, FFM32 diacarakan oleh Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim ini memberikan 31 anugerah kepada penggiat seni.

Filem Spilt Gravy terbitan ZSA Productions Sdn Bhd bersama Nuansa Sdn Bhd diangkat sebagai Filem Terbaik dan menerima enam trofi lain untuk kategori Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik, Pengarah Harapan dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Selain itu, filem Small Town Heroes turut meraih tujuh trofi menerusi kategori Poster Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Cerita Asal Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM32:

1. Anugerah Khas Filem Box Office – Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

2. Poster Terbaik – Small Town Heroes

3. Kesan Khas Visual Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

4. Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most?

5. Tatarias Terbaik – Malya Artwork (Rasuk)

6. Rekaan Busana Terbaik – Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)

7. Penataan Seni Terbaik – Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)

8. Penataan Bunyi Terbaik – Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

9. Skor Muzik Asal Terbaik – Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)

10. Lagu Tema Terbaik – Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)

11. Sinematografi Terbaik – Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)

12. Penyunting Terbaik – Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)

13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)

14. Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

15. Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

16. Pengarah Harapan – Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)

17. Anugerah Khas Juri 1 – Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)

18. Anugerah Khas Juri 2 – Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

19. Anugerah Khas Juri 3 – Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)

20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna

21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang

22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Seniman Mat Sentol

24. Cerita Asal Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

25. Lakon Layar Terbaik – Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)

26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

28. Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)

29. Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

30. Pengarah Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

31. Filem Terbaik – ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy)

Padin