Satu Penghinaan Bila Dipanggil Retis? Ini Jawapan Win Adibah Noor

Haa, pasti ramai yang terkejut kan bila kak Adibah Noor kita buat statement cenggini?

Mana taknya, penyanyi dan selebriti ini antara yang dihormati betul tak? Tapi mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Adibah Noor taknak digelar sebagai retis? Sebenarnya, jika dilihat menerusi laman twitter pelakon dan penyanyi popular dengan lagu Terlalu Istimewa ini, beliau sebenarnya sedang membalas komen seorang pengguna laman sosial ini.

 

Dan, bagi menjawab soalan tersebut, Adibah Noor terlebih dahulu memohon kepada semua pengikutnya agar tidak menggelarkan dan melabel dirinya dan rakan-rakan yang lain sebagai retis

Menurut beliau, gelaran itu tidak ubah sebagai salah satu penghinaan kerana perkataan tersebut adalah gelaran daripada netizen yang cuba menghina kebanyakan selebriti di media sosial. 

Walaupun kenyataan tersebut adalah berbentuk teguran, rata-rata followers selebriti ini nampaknya mengambil teguran tersebut sebagai suatu yang positif dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kak Dibah kita. 

Haa, semangat macam ni lah yang kita nak, boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran antara satu-sama lain, bukan nak hentam semata-mata kan?

Apapun, gunakan lah platform media sosial ini sebaik mungkin, barulah otak berkembang. Tak gitu!

Salma Syahbuddin