‘Jangan Sesekali Pertikai Rezeki Orang’, Jaa Suzuran Tuju Status Pada Siapa?

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan penyampai radio meningkat naik, Jaa Suzuran di Instagram pasti tahu pemuda ini memang happy go lucky orangnya. Jarang sekali kita lihat dia bersedih atau marah.

Namun baru-baru ini, Jaa memuatnaik luahan hati yang seolah kecewa dengan seseorang yang sering mempertikaikan rezekinya. 

” Hampir lima tahu saya berada di dalam arena hiburan, apa yang abe Jaa belajar adalah sentiasa merendah diri walau di mana kita berada. Hormat orang lain, bersyukur dengan apa yang ada dan jangan sesekali mempertikai rezeki orang.

” Paling penting, sentiasa ikhlaskan hati,” luahnya. 

Penyampai radio berusia 24 tahun ini menjadi emosi apabila individu yang tidak dinyatakan telah mempertikaikan rezekinya.

” Korang tolong buat kelakar dalam ruangan komen boleh?,” akhirinya.

Lumrah dunia, bukan semua orang suka lihat kita berjaya. Sabarlah Jaa…

SGMS Faida