Categories: Oh Lawa

Pewarna Kuku Mesra Wuduk, Sesuai Untuk Si Manis Bertudung Litup!

Trend mewarna kuku menjadi kegilaan ramai gadis dan wanita berhijab yang gemar berfesyen sehinggakan penampilan mereka mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Ini adalah kerana pemakaian pewarna kuku adalah haram oleh kerana kandungan bahan yang terdapat di dalam sesetengah jenama tidak halal selain lapisan telap air di permukaan kuku menghalang pengaliran air wuduk.

Mengapa pemakaian pewarna kuku menjadi begitu kontroversi dalam kalangan wanita berhijab? Logik akalnya, wanita muslimah seharusnya lebih arif tentang soal hukum hakam, tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak dan menjaga solat.

Foto: cosmogirl

Memahami bahawa wanita muslimah juga tidak seharusnya ketinggalan dalam perkembangan fesyen, jenama terkemuka dari Australia, Kester Black yang terdiri daripada rangkaian pengilat kuku mesra alam, berpigmen tinggi, halal yang bertaraf vegan dan bebas-kekejaman, kini diperkenalkan di Malaysia.

Rumusan telap udara dan air Kester Black disahkan halal oleh Halal Certification Authority of Australia, dan juga Islamic Association of Katanning – iaitu satu pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, selaku lembaga yang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan Islam di Malaysia.

Ia turut menyokong bahawa pengilat kuku Kester Black adalah mesra-wudhu dan sesuai digunakan untuk solat.

Foto: Instagram Neelofa

Pewarna kuku Kester Black didatangkan dalam 52 warna menarik dan menceriakan beserta produk penjagaan kuku berkhasiat yang bebas daripada paraben.

Selain Kester Black, satu lagi jenama pewarna kuku halal adalah Zahara Oxygen Nail Polish

Apa yang menarik, kedua-duanya boleh didapati melalui gedung membeli-belah secara talian Prettysuci yang menjual hampir kesemua produk sesuai untuk wanita Muslimah.

So ladies, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk bergaya. Walau bagaimanapun batas dalam penampilan tetap harus dijaga!

Sumber: Wanista

Yanie Baharom