“Jangan Takbur, Kau Baru Nak Up Kot!”- Norreen Iman Beri Nasihat Kepada Influencer Gara-Gara….

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman mendedahkan bukan mudah untuk bertapak dan menempa nama dalam industri seni tanah air, terutamanya mereka yang bergelar influencer.

Menurutnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa tahu membezakan keadaaan menjadi faktor kenapa dirinya diterima dalam industri.

“Asalnya saya pun influencer, bila bekerja dalam bidang ni kita kena pandai sesuaikan diri dan jadi diri sendiri tapi jangan tak sedar diri. 

“Kalau di media sosial saya agak kasar tapi kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan. Tapi tak salah nak buat video viral dan dikenali. Cuma kena beringatlah dengan siapa anda bekerja dan dengan siapa anda berjumpa,” katanya.

Memetik laporan Murai, Norreen berkata, terdapat segelintir influencer pada masa kini yang sukar memberi kerjasama kepada pihak media malah ada yang sempat bertanyakan tentang bayaran terlebih dahulu.

“Jangan sombong boleh? Jangan bongkak dan takbur sebab kau baru nak up kot! Untuk saya sendiri, saya tidak pernah meletakkan diri saya untuk dibayar setiap masa. 

“Jangan kekwat, sedarlah diri di mana anda bertapak. Bukan semua perkara kita anggap perlu dibayar umpama air liur kita mahal,” jelasnya.

Terdahulu, nama Norreen hangat diperkatakan selepas terpalit dengan isu tuduhan ‘scam’ duit founder sekitar tahun 2018 namun wanita ini telah memberi respons terhadap isu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Betul Tak Ingat, Tiba-Tiba Nama Naik Kat Twitter…” – Dituduh Scam Duit Sejak 2018, Ini Respons Norreen Iman

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Berpesta Buih Atas Cruise, Netizen Sakit Mata Tengok Norreen ‘Belanja’ L*rah? – “Laki Dia Buta Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Salma Syahbuddin