Di Saat Janna Nick Dikritik Hebat Jadi Pengacara, Pelakon Ternama Ini Tampil Beri Pujian

Rata- rata netizen mengecam hebat pengacaraan Janna Nick di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) yang berlangsung kelmarin.

Ada yang beranggapan pengacara berusia 23 tahun itu terlalu mencuba ketika di pentas berskala besar itu.

Namun begitu, pandangan itu berbeza bagi aktres terkenal, Fauziah Nawi yang memuji cara Janna di pentas menerusi Instagramnya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Janna Nick, salah seorang daripada tiga host ABPBH.

“Janna tidak memegang cue card (kad petunjuk) dan tuturnya begitu yakin, saya percaya Janna telah menghafal turutan program.

“Tahniah dan teruskan usaha itu. Semoga maju jaya Janna,” tulisnya.

Dalam masa sama, pujian itu mendapat respon dari Janna Nick sendiri dan terkejut. Siapa yang tak terkejut apabila orang lebih berpengalaman puji kita kan?

“Ya Allah ibu (nama panggilan Fauziah), terima kasih ya amat. Saya akan perbaiki lagi,” komennya.

Gandingan Janna Nick, Zara Zya dan Ajak di malam kemuncak ABPBH ke 31 menerima pelbagai reaksi. Ada yang suka dan juga sebaliknya. Tak apa, yang penting we all memang enjoy tengok korang di pentas! 

SGMS Faida