Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 6:16am

Jarak Usia 15 Tahun Tak Jadi Penghalang, Muaz Fitri Selamat Bertunang Dengan Pengurus

Empat tahun bergelar pasangan kekasih, pelakon Muaz Fitri, 31, selamat bertunang dengan pengurusnya, Qaseh Anita, 46, pada Selasa.

Terkenal menerusi drama bersiri Takdir Yang Tertulis yang pernah mencipta fenomena di TV3 ketika bersiaran tahun lalu, Muaz memilih pasangan yang lebih berusia berstatus ibu tunggal seorang anak.

Memetik laporan mStar, Muaz enggan mengambil endah cakap-cakap orang yang mempersoalkan hubungan mereka selama ini kerana apa yang penting, cukup bagi mereka berdua saling menyayangi selain keluarga dapat menerima bakal isterinya dengan baik.

“Kalau hendak dengar cakap orang, lebih baik saya tak berkahwin. Saya tak mahu fikir kata-kata orang tentang hubungan kami. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Selagi saya mampu menjadi suami yang baik dan menjaga isteri dengan elok, mereka tidak ada masalah tentang pasangan pilihan saya,” jelasnya.

Bersyukur hubungan mereka sudah memasuki fasa berbeza sebelum bergelar suami isteri, Muaz mendedahkan perancangan untuk bertunang telah lama tertangguh.

“Rasanya empat tahun bersama sudah cukup lama bagi kami. Jadi sesuailah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya. Kami adakan majlis secara sederhana sahaja dan memilih 12 Julai kerana itu adalah tarikh pertama kami berjumpa.

“Sepatutnya kami bertunang tahun lepas, tetapi disebabkan penularan Covid-19 dan jadual pun padat, kami tangguhkan kepada tahun ini. Syukur segalanya berjalan lancar,” katanya yang masih belum menetapkan tarikh spesifik untuk majlis nikah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018. Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai […]

Hiburan Sun, 22 May 2022
Kisah Viral Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Featured Thu, 25 May 2023