Categories: Hiburan

Jenazah CEO Cradle Fund Dibawa Ke PPUM

Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan telah digali keluar dan dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaysia bagi membolehkan proses bedah siasat kedua mengenal pasti punca kematiannya.

Proses penggalian semula jenazah Nazrin bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sebentar tadi.

Jenazah akan dibedah siasat di pusat perubatan berkenaan petang ini, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Nor Azman Muhammad Yusof.
 
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki selepas mahkamah menolak permohonan Samirah.

Nazrin ditemui meninggal dunia di rumahnya pada Julai lalu sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mengesahkan kematiannya adalah disebabkan letupan pada telefon bimbit miliknya.

Pada hujung bulan lalu, abang Nazrin, Dr Malek Hassan, membuat permohonan supaya bedah siasat kedua dilakukan terhadap jenazah abangnya atas alasan bedah siasat kedua didapati meragukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, kemudian mengesahkan bahawa pihak polis menerima kebenaran mahkamah untuk menjalankan bedah siasat kedua hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, isteri kedua Allahyarham Nazrin Hassan iaitu Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi menangguhkan penggalian semula kubur beliau.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penggalian semula kubur itu diteruskan.

 

SGMS Faida