Categories: Gaya Hidup

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Siapa kata siput tak boleh berlumba? Baru-baru ini bertempat di Congham, Norfolk England telah berlangsungnya satu pertandingan perlumbaan siput iaitu World Snail Racing Championship. Pelik dan lucu kan pertandingan ini?

Untuk pengetahuan anda, kejohanan lumba siput ini disertai lebih daripada 200 ekor siput seluruh dunia. Siput-siput yang bertanding diletakkan di atas kain dengan 3 bulatan berukuran 13 inci pada bulatan luar. 

Penulis rasa, ini kali pertama penulis dengar tentang perlumbaan ini. Comel betul!

Foto: www.snailracing.net

Foto: www.snailracing.net

Menariknya, siput-siput yang bertanding berpeluang untuk memenangi hadiah yang cukup comel iaitu semangkuk salad bersalutkan perak untuk dimakan!

Foto: www.snailracing.net

Foto: www.snailracing.net

Foto: www.snailracing.net

Comel betul tengok siput-siput ini berlumba!

Sumber: Boing Boing

tex_admin