“Jenis Tak Boleh Sabar, Jam Tu Juga Kena Pergi?” – Nabila Huda Bersuara Isu Langkawi, Harap Semua Ada ‘Common Sense’

Sejak semalam, rata-rata rakyat Malaysia sudah mula ‘berpusu-pusu’ bercuti di Pulau Langkawi, Kedah memandangkan ia adalah destinasi pertama Projek Rintis Program Gelembung Pelancongan yang dipilih kerajaan.

Namun, bagi pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, beliau tidak faham dengan tindakan ‘gopoh’ sesetengah rakyat Malaysia setiap kali diberikan kelonggaran.

Abil meluahkan perkara terbabit menerusi hantaran di laman Twitter miliknya

Tak boleh tunggu minggu depan ke, bulan depan ke. Tetap nak jugak hari ni. Kenapa eh?

Bagaimanapun, Abil memaklumkan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan berharap agar setiap individu tahu untuk menjaga diri dan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Jangan salah anggap, Abil tak against anyone. Setiap orang ada pendapat dan pilihan masing-masing.

“Saya bukan bagi statement. Saya hanya bertanya kenapa? Itu je. Kang lain pula korang fikir. Apapun jaga diri okay?” katanya.

“Dah lama terperap kat rumah Sis…”

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka mengenai perkara ini dan menganggap ia adalah usaha kerajaan untuk melihat keberkesanan projek rintis travel bubble.

Terdahulu, sebanyak lima kes positif COVID-19 dikesan di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis  melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2, 528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi pada Khamis.

Salma Syahbuddin