Jofliam Luah Rasa Kecewa Piza Wagyu Miliknya Dijadikan Content

Pempengaruh media sosial, Jofliam meluahkan rasa kecewa di Instagram apabila perniagaan piza miliknya dijadikan ‘content’ oleh seorang individu di TikTok.

Menurut Jofliam, dia rasa seperti dipergunakan kerana individu tersebut menjadikan perniagaan miliknya untuk mendapatkan ‘likes’ dan ‘views’ sahaja.

“Saya rasa saya dipergunakan. Menggunakan piza saya untuk content. Untuk likes,untuk views. Review piza saya kemudian selitkan product lain. Itu buatkan saya dipergunakan. Kalau dengan video saya tempoh hari buat saya nampak bodoh, saya minta maaf,” kata Jofliam menerusi hantaran Instagram.

Difahamkan, Jofliam pernah memuat naik video menjelaskan jenis piza yang dijual, tetapi netizen menganggap dirinya ‘sentap’ dengan review yang dibuat.

Menjengah laman sosial Twitter, rata-rata netizen menyokong individu yang membuat review piza kayangan tersebut dan memberi kecaman atas tindakan Jofliam.

Namun, individu yang membuat review terbabit tidak memberi sebarang komen atau kenyataan balas berkenaan dengan isu ini

Izzi Farhana