Jom Kenal Dengan Penyanyi ‘Hirisan Kaca’, Siapa Sebenarnya Syafiq Rosman?

Penyanyi baru Syafiq Rosman kini tampil dengan single berjudul Hirisan Kaca.

Akui jejaka berusia 22 tahun ini, dia bersyukur dengan peluang dapat menyanyikan lagu bergenre balada kerana ia merupakan ‘makanan’ dalam kariernya.

“ Dari dulu, saya memang suka menyanyikan lagu balada. Bila berpeluang dapat merakamkan lagu Hirisan Kaca, saya anggap itu rezeki terpijak buat saya.

“ Terima kasih buat komposer Sham Mikraj dan AK Yus yang memberikan saya naskah terindah ini. Saya berharap Hirisan Kaca diterima baik peminat.

“ Maafkan saya jika ada kekurangan dalam lagu ini, saya berjanji memperbaikinya pada masa akan datang,” katanya kepada xtra.com.

Berkongsi pengalaman ketika merakamkan Hirisan Cinta, Syafiq memberitahu pada mulanya dia sukar menghayati lagu ini.

“ Mula-mula feel memang tak berapa sampai tapi lepas beberapa kali mencuba, saya dapat menghayatinya dengan baik. Maklumlah, lagu sedih… penghayatan harus ada,” akhirinya.

1)    Mahu dikenali sebagai Syafiq Rosman, nama sebenarnya adalah Muhamad Azrul Syafiq Bin Rosman.

2)    Merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

3)    Jejaka berasal dari Melaka ini baru sahaja berusia 22 tahun. 

4)  Dilahirkan pada 19 Jun 1996, Syafiq mula menyertai pertandingan nyanyian sejak usia 10 tahun.

5)   Tampil dengan single terbaru bertajuk Hirisan Kaca yang merupakan terbitan S.A.Y Production Entertainment edaran Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.

6)  Pernah bergelar Juara Melaka Sentral Merdeka Challenge pada tahun 2006 dan Naib Juara Melaka Tourist Street 2008.

SGMS Faida