Categories: FeaturedOh Lawa

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Bagi anda yang mempunyai bakat melukis, pastinya tidak menjadi masalah untuk menghasilkan lukisan yang superb kan? Penulis sendiri tidak mempunyai bakat melukis ini, memang tak menjadilah kalau diberi task untuk melukis sesuatu. Haha!

Tapi, penulis sangat tertarik dengan Heart Evangelista yang terkenal sebagai ikon fesyen, youtuber, aktres dan penghibur yang mempunyai bakat besar dalam seni lukisan. 

Jangan tak percaya, Heart mampu melukis ‘terus’ pada beg tangan tanpa melihat apa-apa rujukan. Rujukan semuanya dalam mindanya sahaja. Wow! Hebat!

Cantik kan lukisan yang dihasilkan oleh Heart ini? Lagi menarik, baru-baru ini, Heart telah berkolaborasi dengan pereka Carolina Herrera yang mahukannya untuk melukis pada sebuah beg untuk dipamerkan di sebuah pameran. 

Heart juga telah berkongsikan video bagaimana dia menyiapkan lukisan pada beg tangan yang telah mengambil masa selama 7 jam untuk menyiapkannya. Jom kita lihat!

Dahlah cantik, berbakat pula! 

Sumber: Wanista

tex_admin