Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Nampak gayanya tahun ini ramai selebriti ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan umrah dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie juga tidak terkecuali.

Lebih menarik lagi, Jovian bukan sahaja pergi bersama-sama isterinya, Datin Nina Ismail Sabri seperti tiga tahun yang lalu, malah kali ini, anak mereka, Jeanelle Nika Mandagie juga turut serta ke tanah suci. 

Jovian membuat perkongsian itu di akaun Instagram miliknya semalam di mana dia telah memuat naik foto mereka bertiga di dalam kapal terbang sebelum berlepas dan juga foto kenangannya dan Nina juga di dalam kapal terbang, tiga tahun lalu. 

“Hari ini dan foto pada tarikh yang sama tiga tahun yang lalu, kami akan menunaikan Umrah, kali ini bersama si cilik kami,” tulis Jovian ringkas sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Jovian mendoakan mereka selamat pergi dan kembali serta turut mendoakan semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Jeanelle Nika Mandagie yang berusia dua tahun merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Jovian dan Nina yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. 

Kredit Foto: Instagram @jmandagie

Del14