Julia Farhana Berjuang Bantu Pesakit Mental

Pelakon Julia Farhana memaklumkan dia kini aktif bekerjasama dengan sebuah badan amal  yang memberi tumpuan terhadap kesihatan mental dalam kanak-kanak dan remaja.

Kata pelakon berusia 26 tahun ini, dia memandang serius dalam hal ini dan sebagai selebriti dia terpanggil untuk memperjuangkan menanganinya.

“ Saya melibatkan diri kerana tidak sangka sebenarnya ramai kanak-kanak yang mengalami masalah mental.

“ Jangan fikir masalah ini hanya melanda dalam kalangan dewasa sahaja, itu silap. Atas dasar ini, saya terpanggil untuk lakukan sesuatu,” katanya kepada Mstar online.

Tambah kekasih kepada pelakon Erwin Dawson ini, dia berharap orang ramai lebih peka terhadap isu yang semakin menular ini.

“ Saya harap masyarakat mula memandang serius akan hal ini. Jangan hanya lihat daripada sudut negatif.

“ Mereka perlukan sokongan dan bantuan tepat dan bukan persepsi negatif. Usah kaitkan dengan tidak siuman atau gila kerana ia sama sekali berbeza. Saya harap ramai sedar tentang hal ini,” akhirinya.

SGMS Faida