Categories: Trending

‘Temberang’ Ayda Jebat Menjadi Nyanyian Di Bibir Netizen

Baharu sahaja 5 hari memuat naik single terbaharu yang bertajuk ‘Temberang’ di saluran Youtube, lagu ini telah mendapat 1.2 juta tontonan! Sehingga ke hari ini, lagu ini mendapat tempat #1 on trending di Youtube.

Lagu milik penyanyi dan aktres popular Ayda Jebat itu ternyata ‘menjadi’ dan telah berjaya mendaki tangga populariti dalam masa yang sangat singkat!

Bagi penyanyi kecil molek ini, kemunculan Temberang amat menyenangkannya kerana dia dan peminat-peminatnya harus menunggu selama 2 tahun untuk mendengarnya.

“Saya macam dah ‘Temberang’ peminat saya, sebab sebelum ni asyik cakap nak keluar lagu, tak keluar-keluar juga. 

“Proses menunggu ini bukan suka-suka, tetapi ia lebih kepada menunggu giliran dan masa yang sesuai sebab saya percaya ada hikmahnya dan saya percaya, kalau saya bagi peluang kat artis lain, mereka pun bagi laluan kepada kita,” kata Ayda kepada Astro Awani.

Menurut Ayda juga, dia sendiri sudah penat berjanji dengan peminat-peminatnya selepas single Pencuri Hati yang dilancarkan pada 2016 dan menyifatkan penantikan itu amatlah berbaloi.

Penulis sendiri rasa amat tertarik dengan lagu Temberang ini kerana alunan lirik dan muziknya yang catchy ala-ala versi dangdut dan K-pop. Muzik video lagu ini juga memang menarik! Jom kita layan sikit lagu Temberang.

Sumber: Astro Awani

tex_admin