Categories: familuv

Diskriminasi Jantina, Punca Kematian 21 Juta Kanak-Kanak Perempuan Di India

Anak adalah anugerah dari Tuhan. Namun sayangnya di India, ada lebih dari 21 juta anak perempuan tidak diinginkan keberadaannya.

1. Keluarga di India mengagungkan anak lelaki

Menurut the Telegraph, kehadiran anak perempuan tidak dialu-alukan dalam keluarga dan ini ada kaitan dengan kepercayaan yang dianut.

Berdasarkan laporan Kementerian Kewangan India, keinginan orang tua yang terlalu berharap untuk memiliki anak lelaki, menyebabkan seramai 21 juta anak perempuan diabaikan.

Setiap pasangan sedaya-upaya mencuba sehingga mereka mempunyai anak lelaki.

Foto: idntimes

2. Desakan kemahuan memiliki anak lelaki memberikan tekanan yang cukup besar bagi para ibu.

Anak lelaki dipandang sebagai pencari nafkah dan ahli waris keluarga. Sementara anak perempuan sering dipandang sebagai beban kewangan.

Malah, keluarga yang sudah mempunyai anak lelaki cenderung untuk tidak memiliki anak lagi. Ekoran kebimbangan melahirkan anak perempuan.

Malah, ramai ibu di India bertindak kejam dengan menggugurkan bayi mereka. Melalui sebuah kajian yang di jalankan penulis jurnal perubatan, The Lancet, menemukan sebanyak 12 juta anak perempuan ‘digugurkan’ sepanjang tiga dekad ini.

Itu tidak termasuk jumlah 19 kematian bagi setiap 1,000 bayi perempuan yang lahir antara 2000 dan 2005 dianggap kesan jantina berat sebelah. Ia bersamaan kira-kira 239,000 kematian setiap tahun atau 2.4 juta dalam tempoh sedekad.

3. Pengguguran bayi secara haram berleluasa

Berdasarkan laporan itu, sebanyak 63 juta wanita ‘hilang’ dari populasi India karena permasalahan ini. Keluarga India memilih untuk memberikan perawatan maksimal pada anak lelaki dan mengabaikan anak perempuan.

Banyak keluarga dari kawasan pendalaman tidak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah bahkan memaksa mereka berkahwin di usia muda.

Masalah itu terutama agak teruk di utara India, kata penyelidik dengan negeri seperti Uttar Pradesh, Bihar, Rajasthan dan Madhya Pradesh, menyumbang dua pertiga daripada kematian berlebihan.

Paling terjejas adalah rantau miskin pertanian di luar bandar dengan tahap pendidikan rendah, ketumpatan tinggi populasi dan kadar kelahiran tinggi.

Sumber: IDN TIMES

Yanie Baharom