Cahaya Mata By: Fatin Nurain March 1, 2023 @ 11:33am

Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua

Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans tampil mengumumkan dia bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Juliana menerusi sebuah perkongsian di Instagram sekali gus mengakhiri segala teka-teki dalam kalangan netizen, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon jelita itu juga telah memuat naik fotonya yang menunjukkan baby bump dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Menurut Juliana, dia sangat teruja untuk menantikan kelahiran anak keduanya yang kini sudah memasuki enam bulan

“We are happy to announce our second one is on the way and we are very excited for it 🥰 Doakan yang baik-baik 💕 #22weekspregnant #secondtrimester,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan selebriti turut teruja dan mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Terdahulu, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017

Hasil perkongsian, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Aug 2021

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Tahniah buat frontliners dan penduduk Lembah Klang!

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Mula-mula Dating, Aiman Ajak Zahirah Makan Roti Canai Je?

Siapa kata artis ‘high maintenance’? hehe

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Elizabeth Tan beri tip pada pelakon bukan Melayu untuk kekal lama dalam industri.

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat

| Live TV