Trending By: Padin November 21, 2021 @ 2:52pm

Beberapa Kali Tangguh Nikah, Puteri Aishah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Pelakon Puteri Aishah, 27, selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota jam 11.15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd Rahman.

Dengan mas kahwin bernilai RM300, Puteri menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Puteri berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain kerana mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Menurut Puteri, dia mengakui FIrdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau jadi saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,” katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus sedondon mengenakan busana rona putih.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di hotel yang sama malam ini.

Sumber: BH
Foto: CST Productiob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Featured Tue, 2 May 2023
Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan […]

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Trending Thu, 19 Jul 2018

There Will be a New Minimum Wage Implemented Soon

Hopefully it’s a good raise compared to the peanuts people are earning now.