Justin Bieber Tidak Gembira Isteri Rapat Dengan Selena Gomez Gara-Gara…

Penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber dikhabarkan tidak gembira apabila isterinya, Hailey Bieber dan bekas teman wanita, Selena Gomez semakin rapat selepas perjumpaan mereka di sebuah acara.

Terdahulu, tular gambar mesra model dan penyanyi itu yang sebelum ini didakwa bermasam muka sebaliknya mereka tidak bermusuhan.

Memetik laporan Geo News, Justin memberi amaran kepada Hailey supaya tidak menjalinkan hubungan rapat dengan Selena.

“Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selena kerana takut sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan tersebut sering menjadi sasaran netizen kerana rasa kasihan terhadap Selena.

Kemudian, Hailey menyangkal semua dakwaan mengenai merampas Justin dan menegaskan dia tidak ada masalah dengan Selena.

“Mereka dah ada hidup sendiri sekarang jadi mereka lupakan perkara lepas dan mulakan hidup baharu,” ujarnya.

Sumber: Geo News

Maya Basir