Featured By: Salma Syahbuddin December 21, 2023 @ 2:10pm

Kadar Dividen ASB Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini, mengumumkan, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 pada Disember 2023.

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Agihan pendapatan itu kekal kompetitif dan mengatasi penanda arasnya iaitu, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.Sementara itu, agihan pendapatan itu juga lebih baik berbanding tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang membabitkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata, di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetapnya, yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.”Kami mengiktiraf kepentingan memperjuangkan agenda celik kewangan dan berpandukan matlamat kami yang diperbaharui baru-baru ini, ‘Untuk Mengukuh Kedudukan Kewangan Rakyat Malaysia, Merentas Generasi’, kami komited untuk berkhidmat kepada pemegang unit kami dan memberikan hasil yang kompetitif.

“Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 berbanding 15.2 juta tahun lalu.”Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui kajian daripada 2023 RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan mereka sebagai pilihan pelaburan paling popular,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaiannya.

“ASB terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat Bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan,” jelasnya.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.

Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2024.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 May 2023

Gayakan Sweatshirt, Aksi Hannah Delisha ‘Posing’ Buat Netizen Kurang Senang

Hantaran terbaharu Instagram pelakon jelita, Hannah Delisha meraih perhatian dalam kalangan netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) ‘Posing’ yang ditampilkan oleh Hannah dalam hantaran terbabit mendapat […]

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Tue, 15 Mar 2022

“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

Apapun, rancangan program televisyen ini sudah ditangguhkan..

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

“JUST CUCI JE LEPAS TUE” – DAPHNE IKING PEGANG ANJING, PERSOAL ISU AGAMA

Caption yang agak sarkastik telah diberikan kepada peminat-peminat beliau yang besar kemungkinan akan mengecam dan mengkritik tindakan Daphne memegang anjing tersebut

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

“Saya sanggup untuk buat apa sahaja demi keluarga” – Puteri Balqis