Hiburan By: SGMS Faida June 16, 2019 @ 7:00pm

Kagum Sikap Suami, Mawar Rashid Titip Ucapan Romantis!

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa kagum terhadap suaminya, Raf Yaakob yang tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

Menerusi laman Instagram pelakon Raisha 2 ini, dia bersyukur dikurniakan suami yang amat penyayang.

“ Abang sangat rajin melayan anak-anak sebab itu anak-anak semua rapat dan manja dengan abang.

“ Anje kagum bagaimana abang membahagikan masa kepada anje, anak-anak, ibu, keluarga anje dan abang-abang,” katanya.

Tambah Mawar, dia bersyukur dikurniakan suami yang mengutamakan keluarga daripada segalanya.

“ Terharu dapat suami macam abang yang utamakan kami lebih dari segalanya. Sejak tu bila ada anak dengan abang, Rafael si Raden kecik ni, anje happy sangat dapat tengok kasih sayang abang kepada Rafael bagai menatang minyak yang penuh.

“ Lucky Rafael dan anak-anak dapat papa @rafyaakob. Looking forward to raise the kids sampai besar. And by that time, kita semua masih pegang tangan dan sweet macam sekarang,” katanya.

Pelakon berusia 24 tahun ini turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada lelaki yang dikahwininya sejak 9 November 2017 lalu. Semoga terus bahagia Mawar dan Raf Yaakob!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Direman Empat Hari

Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis

Featured Mon, 29 May 2023

Mohon Pengikut Berhenti Hina, Nadia Annuar Tampil Dedah Sebab Buka Tudung – “Satu Keputusan Yang Sukar…”

Kita tak tahu apa yang dilalui oleh Nadia 🥲 Semoga dipermudah segalanya

Hiburan Fri, 29 Sep 2023