Featured By: Salma Syahbuddin January 27, 2024 @ 12:30pm

Siap DM Rayu Jangan Masuk Campur, Keluarga Suspek Pembunuhan Bella Tegur Caprice Jangan Viral Kes Di Media Sosial?

Susulan kes pembunuhan melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella masih hangat diperkatakan, timbul pula isu baharu apabila individu wanita dipercayai kakak kepada suspek (Haikal  Mahfuz) iaitu, Nurul Ezzati tampil menghantar mesej terus (DM) kepada penyanyi rap, Caprice.

Perkongsian itu dibuat menerusi pendedahan yang dikongsikan kakak kepada Allahyarham Bella yang dikenali sebagai @Mia.Icha menerusi muat naik di laman Facebook nya, susulan Caprice sebelum ini ada mengulas tentang isu berkaitan arwah di Instagram miliknya.

“Salam En Ariz, maaf menganggu saya disini berharap Encik Ariz tidak masuk campur atas kes Bella.

“Sebab siasatan masih dijalankan, polis juga tidak bersedia untuk bagi apa-apa statement atas kes tersebut kerana belum selesai.

“Saya berharap Encik Ariz tidak masuk campur dan memberi statement yang tidak sahih. Kerana saya juga telah mengambil tindakan mahkamah atas sesiapa yang telah mengviralkan kes adik dan family saya. Saya berharap agar encik Ariz membantu ya,” katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada Bella memaklumkan, dia menerima pesanan Whatsapp daripada penyanyi itu selepas sahaja Caprice menerima DM tersebut.

“Keadilan untuk Bella, Terima kasih atas sokongan semua dalam urusan pengekebumian Bella.

“Tapi tengah scroll dapat chat daripada Caprice. Pada awal kehilangan Bella ramai yang suggest untuk minta bantuan dariapda Caprice. Saya ada chat tapi asyik terlupa.

“Harini Caprice whatsapp saya  tanyakan siapa gerangan dia ni (Nurul Ezzati). Siapa ya dia?Belum apa-apa dua dah DM Caprice. Siapa sebenarnya mangsa ni? Siapa yang pergi tunjuk rangka tu? Jaga-jaga tau semua nanti kena saman. Tolong siasat siapa dia ya? Giyang ke dik,” ulasnya.

 

Terdahulu, debaran keluarga Bella menanti keputusan deoksiribonukleik (DNA) akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, itu adalah Bella.

Manakala, teman lelaki kepada Bella didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 24 Januari lalu atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

 

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Hafreez Adam Nak Belanja ‘Datin’ Makan Char Kuey Teow?

Datin mana yang beruntung sangat tu??

Trending Sat, 18 Jan 2020

Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung 4 orang kanak-kanak dibawah umur didalam sangar kayu dalam sebuah rumah di Alabama. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa […]

Featured Mon, 26 Sep 2022