Hiburan By: Khairil Khusyairi April 4, 2024 @ 11:35am

“Saya Menangis Bila Terkenang Peristiwa Lalu” – Noryn Aziz

Penyanyi Noryn Aziz membuktikan beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya apabila tampil dengan lagu baharu berjudul, Kertas.

Ujar penyanyi yang sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul itu, Kertas adalah lagu pertamanya yang bergenre Pop Balada Melayu.

“Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik.

“Untuk pertama kalinya saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.

“Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” katanya.

noryn aziz

Lebih magis, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh komposer dan penyanyi terkenal, Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.

“Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati.

“Mereka adalah tim yang banyak melahirkan karya-karya hebat dan berkualiti, lain serta tidak cliche. Dan menjadi sebahagian daripada tim ini adalah sebuah penghormatan buat saya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Noryn menyifatkan Kertas sebagai sebuah karya yang cukup istimewa.

“Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan.

“Sejujurnya saya menangis sewaktu berbincang tentang isi lagu ini dengan Amylea kerana terkenang peristiwa-peristiwa yang pernah saya alami.

“Ia adalah lagu mengenai jeritan batin seorang hamba yang sedang mengadu kepada Tuhan. Merintih atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

“Kadang kita sebagai manusia ada kala mempersoalkan mengapa sesuatu terjadi.

“Jeritan batin di dalam diri yang tidak mampu lagi tertanggung dengan dugaan bertalu talu terasa seperti tiada erti nya lagi kehidupan ini. Mula tercari cari jawapan… mengapa? Mengapa aku? Mengapa?

“Saya percaya sebagai pendengar dan penonton, kita boleh ‘masuk’ ke dalam situasi Kertas kerana setiap manusia ada laluan hidup dan dugaan serta takdir masing-masing,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Trending Mon, 19 Apr 2021
LIFESTYLE Fri, 23 Mar 2018

Hey Potterheads, a Harry Potter-Themed Cruise is Coming!

Get your robes, wands and brooms ready, wizards and witches.

Drama Mon, 17 Feb 2020