Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Penyanyi Wani Kayrie mengakui masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang pada masa terdekat memandangkan usianya yang masih muda.

Wani yang baru sahaja tersingkir dari program D Academy Asia 4 baru-baru ini memaklumkan biarpun memiliki ‘teman tapi mesra’ iaitu penyanyi Afieq Shazwan, dia masih belum memiliki rancangan ke depan.

“ Kami masih rapat seperti biasa. Kami memang berkawan sejak kecil. Dia banyak memberi dorongan kepada saya terutama dari segi karier nyanyian. Perjalanan saya masih jauh dan saya belum terfikir untuk berkahwin.

“ Banyak lagi perkara yang saya perlu kejar. Saya baru berusia 18 tahun, soal ke depan itu nanti dulu,” katanya kepada xtra.

Sementara itu, Wani atau nama sebenarnya memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4.

“ Tak sempat dia sampai di sana, saya sudah tersingkir. Sepatutnya dia dan keluarga saya datang untuk beri sokongan di sana. Tak apalah, mungkin rezeki lain menanti.

“ Mungkin di rancangan realiti lain pula?,” katanya yang masih berminat untuk menyertai lebih banyak program realiti jika diberi peluang.

SGMS Faida