Sebak Lawat Awie, Pendakwah Terkenal Mohon Netizen Terus Berdoa

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sebak selepas berpeluang melawat vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie yang kini berada di pusat perubatan swasta di Ampang.

Menurut beliau, penyanyi lagenda itu masih mampu tersenyum biarpun dalam sedang berdepan kesakitan akibat kesukaran bernafas.

“ Sebak tengok Awie walaupun sedang sakit di wad beliau masih memberi senyuman dan rindukan nasihat yang baik.

” Beliau baru balik program motor jelajah 30 masjid di Utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan Awie memberitahunya untuk melakukan lebih banyak kerja dakwah selepas keluar dari hospital.

” Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya. Pohon doakan beliau cepat sembuh. Ya Allah yang Maha Azim Maha Agong yang memberi sakit dan memberi sembuh buat saudaraku yang baik ini, sembuhkanlah Dato Awie dan berilah keberkatan dalam hidunya serta pilihkan beliau jadi seperti matahari hidayah,” tulisnya.

Di kesempatan itu, Ustaz Ebit juga menghadiahkan sebuah buku motivasi keagamaan bertajuk 11 Amalan Kekayaan.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Awie memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam Ahad.

SGMS Faida