Hiburan By: Del14 November 4, 2019 @ 10:51pm

“Kalau Asyik Nak Menang, Buat Majlis Anugerah Sendiri!” – Che Ta Kesal Sikap Segelintir Rakan Artis

Pelakon dan pengacara, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan telah  menegur sikap segelintir penggiat seni yang dikatakan telah meninggalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK) sedang berlangsung. 

Berkongsi hal itu di laman instagramnya @rozitachewan1 pada Sabtu lalu, Che Ta luahkan rasa kesalnya terhadap perkara yang dianggap tidak sepatutnya berlaku, terutama sekali di dalam acara-acara di mana kejayaan penggiat-penggiat seni diraikan. 

“Baju ni boleh cover setengah dewan yang hampir kosong #sebabadayangbalikawaisebabkalah.  Kita sepatutnya datang bukan sebab kita je nak menang, tapi juga untuk meraikan kawan-kawan kita penggiat seni yang lain yang menang.

“Tumpang seronok tengok rezeki mereka menang, habuan mereka..apa salahnya kan? 

“Kalau kita je nak menang, kena menang tanpa bertanding la,” perli Che Ta dalam kapsyen entri instagramnya itu. 

 
 
 
View this post on Instagram

Baju ni leh cover setengah dewan yg hampir kosong.. #sebabadayangbalikawaisebabkalah . Kita sepatutnya mai bukan sebab kita ja nak menang , tapi jgk meraikan kawan2 kita penggiat seni yang lain yg menang .. tumpang seqonok tgk rezeki depa menang .. habuan depa .. apa salah nya kan .. @jaydeesm .. kalah menang tu kan adat bertanding .. kalau kita ja nak menang , kena menang tanpa bertanding la ? . #MyHabibJewels #ASK2019 #ASKxHJ #askhabib #malamromantika #awards #HabibJewels #tv3 . ASK 2019 . @tv3malaysia . . #rcw #zsrcw #cheta #rozitachewan #2019 #actress #ask2019 #malaysian #woman #mother #wife . . . . ? @kasihcicie JEWELLERY @habibjewelsofficial . NAIL @fabulash.my . STYLING @abushaefhamza . DRESS @zaimizulkafli . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

Menurut laporan BH Online, Che Ta merasakan perbuatan individu-individu yang memilih untuk terus pulang walaupun acara masih berlangsung seolah-olah tidak menghormati penganjur dan karyawan seni yang telah bertungkus lumus menghidupkan dan mewarnai industri filem dan drama tempatan.

“Bukan selalu anugerah seperti ini dianjurkan, kenapa susah sangat beri sokongan? Jika rasa perkara itu membebankan, jangan datang. Beri tempat duduk itu kepada karyawan lain yang menghargai.  

“Bukankah kalah dan menang itu adat bertanding? Jika kita sahaja mahu menang, lebih baik jangan bertanding. Mungkin boleh anjurkan anugerah sendiri. Sendiri bertanding, sendiri menang,” kata Che Ta kepada BH Online. 

Apa-apapun, memang tabiklah kepada Che Ta kerana bukan sahaja tunggu sehingga acara kemuncak itu habis, dia juga selalunya mengambil berat tentang penampilannya di majlis anugerah yang berprestij sebegini dan selalunya akan go all out

Walaupun ada yang mengatakan gaun kuningnya itu ibarat ‘Big Bird‘, karekter dari rancangan kanak-kanak Sesame Street, Che Ta langsung tak amik endah. Malah dia secara berjenaka memuatnaik satu entri di akaun instagramnya dan mengatakan sesiapa saja yang cakap rupanya macam pulut kuning tiga tingkat akan diblock! 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 15 May 2019

陈思颐离开舒适圈自立门户!任新时尚品牌首席执行长

Cindy陈思颐出任新时尚品牌MEETEE(密T)首席执行长,在发布会上自爆断交某位十年圈内好友,离开舒适圈自立门户,积极发展自己的事业!

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini