Hiburan By: Khairil Khusyairi October 26, 2022 @ 2:00pm

“Kalau Betul Ready, Boleh Share” – Shuib Dedah Status Terkini & Ciri-Ciri Bakal Isteri

Usahawan dan pelawak, Shuib mendedahkan status terkininya selepas lebih setahun menjadi bapa tunggal.

Memetik temubual sebuah program, Shuib berkata dia belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum lebih selesa berdiam diri.

“Belum terbuka nak berkongsi dengan semua orang. Dalam situasi begini, kadang-kadang, nak cakap salah, tak cakap pun salah, lebih baik berdiam diri.

“Kalau betul ready, boleh share, benda baik kita kongsi.

“Jatuh cinta ini tak boleh paksa, kalau ia datang, datanglah, kerana rasa itu tak boleh dibuat-buat, kita tak boleh paksa suka seseorang atau paksa diri kita cintakan orang itu sebab dia kena datang secara natural.

“Bila masa Allah bukakan hati tu, dah tiba masanya untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga, dia terbuka dan berjalanlah dengan seadanya,” ujarnya.

Disoal mengenai ciri-ciri wanita yang diinginkan pelawak itu, Shuib berkata yang menjadi keutamaannya ialah kebahagian anak-anaknya.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.

“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.

“Ciri-ciri untuk saya tu tak berapa penting kerana bila dah ada anak ni keutamaan pada mereka yang sedang membesar.

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.

“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” jelas Shuib.

Sebelum ini nama Shuib sering dikaitkan dengan beberapa selebriti namun pada awal tahun ini Shuib tampil membuat pengakuan dia kini dalam proses mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan itu belum sampai ke tahap serius.

Shuib, bapa empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun, kehilangan isteri tercinta, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19.

Sumber: Gempak & MeleTOP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

IZARA AISYAH KINI HAMIL?

Ditanya mengenai syarat dan batasan untuk berlakon selepas menjadi isteri, Izara hanya menjawab bahawa suaminya itu adalah seorang yang sangat memahami dirinya dan juga kerjayanya sebagai seorang pelakon

Hiburan Mon, 8 May 2023
Featured Sat, 6 Nov 2021

Wany Hasrita Nafi Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat – “Kalau Sudah Ada Kad Jemputan, Barulah Kita Tahu”

Pelantun lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita menafikan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat selepas terdapat segelintir warganet mendakwa Wany bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang. Tegasnya, dia kini sedang sibuk […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak