Events By: Salma Syahbuddin April 10, 2023 @ 3:35pm

“Kalau Dah Bujang Macam Saya Siapa Nak Sondol?”- Afieq Shazwan Selesa Single, Belum Fikir Soal Kahwin Gara-Gara…

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan mengaku takut apabila sering mendengar tentang konflik rumah tangga yang berlaku dalam kalangan rakan selebriti sejak akhir-akhir ini

Afiq berkata, sekiranya ditanya soal jodoh, dia masih belum bersedia malah mengaku terlalu banyak yang perlu difikirkan sebelum beralih ke fasa tersebut.

Bahkan, dia tiada jawapan lanjut untuk mengulas isu itu memandangkan masih bujang dan belum mempunyai kekasih.

“Macam saya, saya rasa saya belum bersedia lagi untuk menghadapi situasi tersebut dan saya perlu ambil masa sedikit untuk betul-betul fikir. Kebetulan pula saya jaga mak saya, jadi kalau berkahwin tu saya mungkin fokus kepada isteri.

“Kes perceraian dan wujud orang ketiga dalam hubungan memang membuatkan saya rasa takut, tapi biasalah ada orang jodohnya berpanjangan, ada orang jodohnya mungkin tak berpanjangan.

“Kita berkahwin bukan nak bercerai kan? Jadi, kalau macam waktu sekarang ni kalau nak putus, putus… tapi kalau dah berkahwin nak kena fikir banyak benda lagi pula kalau dah ada anak.

“Dan soal penyondol ni, saya tak tahu nak jawab apa…  kisah babitkan ‘penyondol’ adalah wanita dengan lelaki sudah berkahwin, manakala saya pula masih bujang dan tiada kekasih.

“Kalau dah bujang macam saya, siapa yang nak sondol? Tapi, apapun saya doakan yang terbaik dan moga dipermudahkan segala urusan mereka yang berhadapan masalah ini,” katanya.

Afiq berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Lagu Raya anjuran FMC di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.

Afieq enggan ulas lanjut mengenai isu penyondol, harap mereka yang terkesan dipermudahkan urusan.

Dalam pada itu, Afieq, 26, bersyukur apabila wataknya sebagai ‘anak ikan’ yang dibawa dalam drama rantaian Rampas Cintaku bersama Fasha Sandha mendapat tempat dihati peminat.

Malah, menegaskan sepanjang membawakan watak Rizal dalam drama tersebut, dia tidak pernah diganggu ataupun menerima tawaran daripada mana-mana wanita berstatus ‘sugar mama’.

“Alhamdulillha, saya hanya bekerja dan apa yang dilakukan dalam drama itu atas dasar kerja semata-mata. Jadi, saya tak kisah jika ada orang panggil saya ‘anak ikan’ atau ‘sugar baby’ sebab mereka dah menonton drama saya.

“Dan saya juga bersyukur ssebab watak saya sebagai Rizal dikenali dan saya juga tidak diganggu atau terima tawaran untuk menjadi sugar baby selepas tayangan drama tersebut,” jelasnya.

Sekadar info, Afieq akan tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Terpaling Di Hari Raya bersama, Tajul, Wany Hasrita, Muna Syahirah dan Wani Syaz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

KYLIE JENNER GIVES BIRTH TO FIRST BABY WITH TRAVIS SCOTT

Kylie Jenner went into hiding last year after people started speculating on her pregnancy. Now, she has given birth and the baby daddy is none other than rapper Travis Scott.

familuv Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Hyolyn is Coming to Kuala Lumpur for a Meet & Greet Session in April

Best part is, you could even win a trip to California or a chance to party with Hyolyn!

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Shila Amzah Dikecam Selepas Perli Penyanyi Popular?

Selepas beberapa jam, Shila telah memohon maaf atas keterlanjuran kata dengan penggunaan ayat yang mengguris hati peminat Siti Nurhaliza selepas melihat komen-komen ‘tajam’ yang ditinggalkan.

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Zahirah juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika mereka masih bersama…