Selebriti By: Atiqah Johari July 17, 2023 @ 10:17pm

“Best Rare Memory Ever” – Seusai Tamat Resepsi, Shikin Maembong Kongsi Gaun Kahwin Tak Muat Masuk Kereta

Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi Cat Farish baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Shikin Maembong pada 13 Julai lalu.

Beberapa hari selepas bernikah, pasangan tersebut mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pada resepsi tersebut, Shikin mengenakan ball gown berwarna putih manakala Cat menggayakan set lengkap sut berona hitam.

Namun, menerusi hantaran Instagram Shikin, dia memuat naik sekeping foto pertama mereka bergelar suami isteri dan berkongsi momen lucu mereka.

Kongsi Shikin, seusai tamat resepsi, mereka ingin pulang ke hotel namun tanpa dijangka gaun yang dipakai Shikin tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.

“Cite dia lepas reception semalam, my wedding dress tak muat masuk kete i… so we end up duduk belakang pick up sampai hotel. Best rare memory ever,” ceritanya.

Malah, mereka juga disoal oleh pihak polis gara-gara insiden tersebut.

“Sampai pak polisi tanya nape duduk belakang, driver kata baru kawin wedding gown tak muat masuk kete… ko haderr,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: Doa Shikin Maembong Dimakbulkan, Cat Farish Tidak Rasa Kahwin Secara Terburu-Buru – “Nak Bercinta Berapa Lama Lagi?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Oct 2023
Trending Tue, 10 Mar 2020
Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Featured Wed, 13 Sep 2023