KALAU DAH JODOH TAK KE MANA!

Kalau dah jodoh tak ke mana kan! Walaupun sudah 9 tahun bercinta tanpa sebarang ikatan, jodoh pelakon Nonny Nadirah ternyata kuat.

Bekas peserta sebuah program realiti ini dilaporkan akan melangsungkan pernikahannya dengan penolong penerbit di Media Prima Berhad,  Mustain Adnan di Sabah pada 18 Mac depan.

Mustain membuat kejutan melamar Nonny di set penggambaran drama “Melankolia” lakonan Nonny bersama Aliff Aziz  pada 25 Januari lalu.

Majlis pernikahan dijangka berlangsung di kampung halaman Nonny di Sabah

Segala persiapan sudah 80% siap kata Nonny yang akan membawa segala kelengakapan perkahwinan yang dibeli  di Kuala Lumpur,

Menurut Nonny, Sri Pentas menjadi medan saksi pertemuan mereka berdua pada 2009 dan ikrar untuk hidup bersama dilafazkan mereka  pada 1 Disember tahun lalu.

 

SGMS Fas

Recent Posts