Lelaki Kongsi Cara Pujuk Emosi Isteri

Sampaikah hati setiap daripada ibubapa disini yang sanggup memarahi anak-anak yang dianggap permata hati dan tiada apa yang dapat menggantikan mereka dengan benda lain.  Kasih sayang terhadap mereka tiada tolok bandingnya.

Gelagat mereka tatkala mengusik jiwa namun terkadang mencuit emosi kerana marah yang menguasai diri.  Tanpa sedar amarah telah ditunjukkan kepada mereka.  Takutnya air muka mereka ketika dijerit dan meninggi suara daripada mulut ibu atau ayahnya sendiri.  Namun, penyesalan telah terbentuk dihati ibubapa itu, lagi-lagi ketika mereka sedang tidur.  Sayunya hati.  Hilang rasa lelah dan penat

Oleh itu, ibu bapa khususnya para ibu yang terlalu dibebani kerja hakiki dan realiti sebagai isteri, pekerja kepada majikan dan ibu kepada anaka-anak menggendong sebukit tanggungjawab dan emosi yang tidak mampu terluahkan.  Perkongsian daripada Taufiq Razifini mungkin dapat membantu anda yang sedang mengalami situasi dimana tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan anak-anak.  Daripada panduan yang diberikan ini, beliau menekankan peranan suami sebagai tunjang perbolakan emosi isteri terhadap anak-anak.  Mari baca perkongsian dibawah dan semoga ianya bermanfaat.

Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.

Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.

Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.

Antaranya :
  • Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
  • Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
  • Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
  • Mudah jatuh sakit
  • Wajah jadi redup tak bermaya
  • Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampa
  • Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
  • Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi

Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.

Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.

SGMS Enal