Categories: Trending

AWAS DENGAN PRODUK KECANTIKAN INI, ADA RACUN BERJADUAL RUPANYA!

Lagi kosmetik beracun dirampas! Korang yang kat luar sana jangan obses sangat nak putih cepat. Ingat, bukan semudah itu nak dapatkan kulit mulus bak sutera. Asalkan nampak model pada kotak produk tu putih melepak, terus korang beli. Bahaya tu dik…

Semalam, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Antara produk yang dimaksudkan adalah GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 and Tati Therapy Cream 2.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

“ Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya.

Dengar tu wak, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone hanya boleh digunakan di bawah pantauan pakar kesihatan. Bukan main sapu je tau!

Untuk pengetahuan, bahan racun berjadual ini boleh mendatangkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Periksa kandungan pencuci dan krim wajah korang ya!

 

SGMS Faida