“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram.

Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai perkara tersebut di dalam Al-Quran.

Isu tersebut timbul setelah dia ditegur kerana berkongsi foto terbarunya di laman sosial oleh beberapa pengikut sosial media yang menjelaskan hukumnya haram.

Tidak ralat ditegur, Izara bagaimanapun sempat merujuk kepada seorang ustazah berkenaan perkara tersebut.

Menurut Izara, dia berasa lega setelah mendapati jawapan daripada seorang ustazah yang mengatakan tindakan tersebut tidak haram namun haruslah dilakukan secara berpada-pada

Menerusi laman Twitter, Izara dilihat memuat naik status berbunyi,

“Saya merasakan ini terlalu ekstrim. Tetapi kalau ada dalam Al-Quran, Insya-Allah saya akan berhenti (berkongsi foto) kerana saya sudah lama tidak mengambil peduli akan media sosial.”

Setelah memuat naik status tersebut, rata-rata pengikut Izara di Twitter dilihat menghujani komen dengan ucapan terima kasih kerana telah berkongsi ilmu mengenai hukum memuat naik foto di laman sosial.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”