“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan Azlee berniaga buah-buahan di sekitar kawasan Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.

Bukan hanya menjual buah-buahan, Azlee juga dikatakan turut berniaga hasil laut seperti ikan, ketam, udang lala dan sebagainya sejak Jun lalu.

Terbaru, pendakwah bebas Ebit Lew dikatakan telah berkunjung ke gerai terbabit untuk membeli buah-buahan yang dijual dan menghulurkan sumbangan.

Menurut laporan mStar, kunjungan Ebit Lew ke gerai berkenaan adalah tidak dirancang. Malah, pendakwah tersebut juga turut memberikan kata-kata nasihat buat Azlee.

“Ebit Lew juga ada membeli buah-buahan serta ada memberi sedikit sumbangan. Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli, Alhamdulillah.

“Kita baik Allah sayang. Terima kasih Allah atas pertemuan ini,” katanya lagi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”