“Mohon Doa Kalian Untuk Mama Saya”- Ibu Elyana Disahkan Positif Covid-19

Umum maklum keadaan kesihatan penyanyi Elyana yang kini menghidapi kanser limfoma tahap keempat.

Sedang berjuanh melawan penyakit, Elyana sekali lagi berdepan dengan ujian apabila ibunya pula disahkan positif COVID-19.

Menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan berita tersebut dan turut memohon doa orang ramai agar ibunya kembali sembuh serta diberi kekuatan melawan virus berkenaan.

“Hari ini (semalam) mama saya, Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, Alhamdulilah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera serta diberikan kekuatan melawan sakit ini,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menitipkan doa buat bapa dan adik lelakinya agar dijauhkan wabak pandemik tersebut daripada turut sama dijangkiti.

“Ya Allah, kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibu ku daripada terkena jangkitan ini.

“Serta jauhkanlah adik lelaki ku Eizad Ezmeer daripada berjangkit,” tulisnya di Instagram.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan para peminat turut dilihat menitipkan doa buat kesihatan ibunya agar kembali pulih seperti sediakala.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”