Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 2, 2023 @ 5:29pm

“Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Pelakon, Aeril Zafrel menyifatkan pelakon wanita kontroversi, Sophia Albarakah sebagai seorang wanita yanng amat lembut dalam berbicara.

Pernah berganding sama dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada tahun 2021, Aeril berkata Sophia mempunyai karakter yang sangat manja.

Artikel Berkaitan: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

“Sophia seorang yang baik, soft spoken dan manja tak kisah sama ada di dalam set atau dalam karakter. Mungkin buat setengah orang lain senang terasa akan mudah jatuh hati.

“Itu pendapat saya, tapi saya anggap perkara tersebut sebagai kawan sahaja. Semasa saya berlakon dengan dia tiada apa-apa yang berlaku, kami profesional.

“Jangan sampai ke rumah, itu sudah lain cerita. Sepanjang saya dengan dia, kalau ada orang tu jenis cepat in love, akan mudah lah tersuka dia sebab karakter dia memang macam tu,” tambahnya lagi.

Disoal mengenai komennya setelah digelar ‘suami contoh’ kerana tidak pernah membuat hal dan curang, Aeril berkata perkara tersebut membuatkan dirinya untuk lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan.

“Bila orang dah letak benchmark itu, tapi saya perlu jadi lebih berjaga-jaga. Jadi itu adalah menjadi salah satu faktor kenapa saya memilih untuk terus setia.

“Tidak menafikan sehingga kini masih ada wanita yang cuba mengoda saya, tapi sekiranya orang tu nak curang, di mana-mana pun boleh.

“Saya tak boleh buat benda tu (curang), bukan disebabkan Wawa saja. Tipulah kalau lelaki tiada niat untuk ‘mencuba’, tapi kita sebagai lelaki yang perlu mengawal perkara tersebut.

“Wawa sudah percaya kepada saya, jadi saya tak nak hancurkan kepercayaan tersebut.. meskipun mestilah wanita akan letak rasa ‘was-was’ itu.

“Kalau nama saya tercemar disebabkan perangai saya, ramai orang yang akan terkena kesannya.,” katanya.

Aeril berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Serpihan Sayang di Park 28, Mutiara Damansara pada Rabu.

Dalam drama Serpihan Sayang, Aeril akan membawa watak lelaki psiko bersama heroin, Fasha Sandha yang akan disiarkan bermula pada 22 Februari 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 3 Apr 2018
Trending Thu, 31 May 2018

Tak Suka Kalah, Selamat Tinggal Real Madrid…

Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan!

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Fri, 20 Jun 2025
Kisah Viral Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Hasil kutipan Filem Blood Brothers: Bara Naga dipercayai bakal mengatasi filem Sheriff

error: Content is protected !!