‘ Kalau Saya Tutup Pun…’ Ini Alasan Kenapa Zizi Kirana Tampil Dengan Imej Seksi

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Zizi Kirana antara selebriti yang mendapat perhatian di laman sosial.

Apa saja yang dilakukan atau dipakainya, pasti menjadi bualan netizen.

Namun penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single Siapa Yang Bap Bap ini mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing dengan segala komen yang singgah di laman sosial miliknya.

“ Saya tidak kecil hati malah saya tidak terfikir untuk menutup ruangan komen di Instagram. Saya beri kebebasan kepada mereka untuk menulis komen-komen.

“ Mereka tidak kenal siapa saya. Apabila mereka melihat dari sudut negatif, memang negatiflah jadinya,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 33 tahun ini juga tidak pasti dengan apa yang cuba disampaikan oleh netizen yang melabelnya sebagai bintang filem lucah.

“ Saya tidak peduli. Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini,”

“ Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen-komen sebegitu memang akan merebak ke mana-mana,” katanya.

Dalam masa sama, Zizi juga menafikan penampilannya semakin seksi adalah gimik untuk sebarang projek akan datang.

“ Bukan gimik. Tiada kaitan dengan lagu akan datang disebabkan saya pun baru lancarkan single baru,” katanya.

 

 

SGMS Faida