Azhan Rani Gemar Bersendiri Di Kebun?

Cukup terkenal dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, lakonan beliau pasti membuatkan penonton geram. Tetapi itu hanya lakonan dalam drama sahaja tau!

Di luar, pelakon Azhan Rani bukanlah seperti yang kita lihat di dalam drama tersebut.

Gemar melakukan aktiviti lasak, Azhan memaklumkan dia sudah menawan beberapa gunung dan bukit terkenal sebelum ini.

“ Saya berjaya menawan puncak Kinabalu pada 2015 dan kali kedua, 2016. Tetapi sebelum itu saya pernah ke Bukit Broga di Semenyih, Selangor diikuti Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada 2014,” katanya.

Pelakon ini juga antara yang dikenali sebagai artis low profile. Menurutnya, dia lebih suka duduk di tempat yang mendamaikan jika tidak ke set penggambaran.

” Jika tak mendaki, saya banyak menghabiskan masa di kebun arwah bala di Kuala Kubu Bharu.

“Kawasan kebun itu berbukit dan suasananya sangat mendamaikan jiwa. Saya selalu sendirian di situ,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhan juga sibuk di lokasi penggambaran drama Sembil9n terbitan usaha sama produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama 10 episod arahan Razaisyam itu membariskan pelakon Malaysia lain seperti Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Sara Ali dan Azman Abu Hassan.

Manakala pelakon dari Indonesia pula Roy Marten, Atiqah Hasiholan, Endith Bubi dan Haydar Salishz.

Manakala filem pula, Azhan membintangi Bikin Filem arahan Mohd Latiff Zami.

 

kadang2 kau rasa kau buka kasut.. kadang2 macam tu la.. ##sembil9n ? @nadzirahyazid
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on Sep 3, 2018 at 12:11am PDT
IG: Azhan Rani

SGMS Enal