Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 10:01am

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

“Walaupun hanya 14 hari, tapi nama suami dah ‘busuk’. Malah, ketika berita mengenainya disiarkan ruangan komen di laman Instagram saya dibanjiri dengan komen keterlaluan,” kata penyanyi Salma Andi Asis selepas suaminya menjalani hukuman penjara 14 hari.

Suaminya yang juga merupakan bekas bintang realiti program nyanyian, Mohamad Azri Abdullah atau Azri dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Sebagai seorang isteri, Salma memaklumkan dia cukup terasa dengan komen negatif dilemparkan oleh netizen.

“ Mereka yang tidak kenal secara peribadi memberikan komen negatif sedangkan keluarga dan kenalan rapat sangat tidak bersetuju dengan persepsi masyarakat terhadap suami saya.

“Sebagai isteri, saya cukup terasa kerana lebih tahu suami macam mana. Orang luar yang tidak tahu cerita sebenar pula bersikap lebih.

“ Jadi, berhenti untuk bercakap sesuatu yang tidak baik. Saya bukan bodoh nak bersuamikan kaki pukul apatah lagi dera anak sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Salma turut berpesan kepada pihak luar agar tidak cepat menghukum dan lebih baik berdiam diri jika tidak mengetahui cerita sebenar.

” Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam,” katanya.

Dalam masa sama, Salma memohon agar semua mendoakan yang terbaik untuk suami dan keluarganya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Terhutang Budi Dengan IJN, Lana Nodin Nekad Balas Jasa…

Sebanyak RM10 daripada setiap jualan baju raya nanti akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

Hiburan Wed, 22 May 2019

Nash Pasang Niat Buat Konsert Solo Di IB Oktober Ini

Jika diizinkanNya konsert ‘Santai Legend Bersama Datuk Nash’ bakal menggegarkan pentas IB pada hari ulang tahunnya ke 60 pada 4 Oktober depan.

Featured Fri, 14 Oct 2022
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Farah Nabilah Sah Milik Amirul Yunus Dengan Sekali Lafaz!

Wah! RM11,111,11 bagi setiap tahun perkenalan?

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!