Kamal Cilok Terbabit Kemalangan, Kini Bergantung Pada Life Support Machine

Anggota kumpulan Chilok, Kamal kini berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan pada petang semalam melibatkan kenderaan yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta pacuan empat roda, jenis MPV.

Menurut Chiwan, Kamal mengalami kecederaan pada anggota badan serta kepala yang teruk sehingga menyebabkan beliau masih tidak sedarkan dan bergantung pada mesin semata-mata.

Sumber : xtra.com.my

” Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi  (ICU) dan masih belum boleh menerima pelawat.

” Cuma tadi, pembantu perubatan memberitahu kamal hanya bernafas menggunakan mesin dan berada dalam keadaan kritikal” Tambahnya.

Sumber : Instagram @kamal_chilok

Chiwan juga dilihat telah memuat naik mengenai keadaan Kamal di laman instagram miliknya semalam dan meminta supaya orang ramai mendoakan Kamal atau nama sebenarnya Mohd Kamal Shah Saharuddin agar kembali pulih seperti sedia kala. 

Apapun, Xtra mendoakan agar Kamal kembali sihat seperti sediakala dan diharap ahli keluarga sentiasa kuat dan sabar.

Salma Syahbuddin