Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2024 @ 5:43pm

“Kami Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri” – Hisyam Hamid

“Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.”

Demikian kata-kata pelakon Hisyam Hamid, 39, mengenai status rumah tangganya yang diperkatakan ramai.

Mengaku perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu dengan Rosmawati Hanafi atau Mel sudah berakhir, Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perpisahan berlaku.

Tegas Hisyam, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi kebaikan anak-anak.

“Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan ini.

“Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.

“Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri.

“Apa paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” katanya.

Hisyam ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Hisyam, Mel masih berperanan sebagai pengurusnya dan mereka juga tetap berkomunikasi baik setiap hari.

“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik, lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.

“Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.

“Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia,” ujarnya.

Menjelaskan mengapa dia mengambil masa untuk memberikan penjelasan mengenai status rumah tangganya, Hisyam mempunyai alasan tersendiri.

“Sejak dulu, apa sahaja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontroversi yang menjejaskan anak-anak saya, saya mahu beri contoh terbaik pada mereka.

“Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tidak mahu pada akhirnya berita itu memberi kesan pada mereka atau mereka tahu dari sumber lain,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah bercerai.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Kangin Officially Quits Super Junior After 14 Years

Breaking news! Another idol from a legendary K-pop group calls it quit!

Featured Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Sat, 3 Nov 2018
Trending Sun, 21 Nov 2021

Beberapa Kali Tangguh Nikah, Puteri Aishah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Pelakon Puteri Aishah, 27, selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota jam 11.15 pagi tadi. Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan […]

Events Mon, 17 Feb 2025
Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ – “First Time Nampak Pakai Simple”

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ 😂 tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila 😭

Trending Sat, 12 Dec 2020

Kadar Pengangguran Dijangka Bakal Meningkat

Harap ekonomi kembali pulih

error: Content is protected !!