Kantoi! Zul Ariffin Dengan Siapa Tu Dalam Bilik Hotel

Tahun ini sahaja, pelakon ini sering dilanda pelbagai kontroversi termasuklah melibatkan penularan gambar ‘anu’ beliau dilaman sosial dan kali ini, sekali lagi nama Zul Ariffin hangat diperkatakan apabila kantoi berdua-duaan di bilik hotel bersama seorang gadis yang berasal dari negara Ukraine. 

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan beliau melalui laman sosial miliknya, Zul sering dilihat berulang-alik ke negara jiran seperti Thailand untuk menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai di sana. Betulkah? Atau ianya sekadar alasan untuk berjumpa dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Tanya Glembotska?

Kontroversi semakin panas nampaknya apabila, kedua-duanya dilihat saling membalas komen dan memuat naik beberapa gambar yang berlatar-belakangkan suasana dan tempat yang sama. 

Bukan itu sahaja, Tanya juga turut memuat naik gambar intim nya bersama seorang lelaki yang menyerupai Zul sambil memeluknya dengan penuh ghairah. What??

Bukan main sungguh taste abang Zul Ariffin kita ni kan? Tengok saja lah koleksi gambar Tanya ni, memang super seksi!

Apapun spekulasi yang timbul, sama-samalah kita tunggu komen dari Zul Ariffin sendiri berkenaan status beliau bersama wanita Ukraine ini. 

 

Salma Syahbuddin