KARD Terkejut Popular Di Malaysia

Kumpulan popular terhangat Korea Selatan KARD kini berada di Malaysia! Empat anak muda ini bakal memeriahkan komsert Lazada 11.11 Super Show yang bakal berlangsung di Axiata Arena malam ini.

Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada Julai 2017 dengan album berjudul Hola Hola. Kard membuktikan walaupun setahun berada dalam industri, Kard membuktikan kewujudan mereka bukan sekadar tempelan.

“ Ini merupakan kali pertama ke Malaysia. Kami betul terkejut dan tak sangka ramai yang menunggu kami di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. 

“ Kami tak tahu kami popular di sini. Kami mahu mengucapkan terima kasih buat semua peminat di sini. Lebih-lebih lagi kami diberitahu kami turut dikenali selepas kumpulan BTS walhal kami masih baru dalam industri,” kata King mewakili anggota KARD yang lain.

KARD memenangi anugerah artis berkumpulan baharu terbaik di Asia Artist Award dan kumpulan baharu terhangat di CJ E&M America Awards.

Mereka terdiri daripada J.Seph (Ace), B.M (King), Somin (Black Joker) dan Jiwoo (Colour Joker). 

Bercakap tentang perbezaan KARD berbanding kumpulan pop Korea lain, King memaklumkan keempat-empat artis ini memiliki karakter tersendiri.

“ Sebab itu nama kami juga menggambaran karakter. Saya digelar King kerana dianggap ‘foundation’ untuk kumpulan ini.

“ Begitu juga dengan rakan lain seperti Ace, Black Joker, Ace dan Color Joker. Masing-masing ada personaliti tersendiri.

“ Selain itu, kami bawakan kelainan ketika di pentas dan keharmonian kami sebagai sebuah kumpulan juga diambil kira.

“ Kami tak sabar nak membuat persembahan di konsert Lazada malam ini, jumpa anda semua di sana,” kata King mewakili KARD. 

Jangan lupa untuk datang ke konsert Lazada 11.11 Super Show malam ini di Axiata Arena, malam ini untuk menyaksikan KARD secara langsung! 

SGMS Faida