“Karpet Nilai 3 Atau Ulat Beluncas…” – Jadi Model Jenama Mewah, Fesyen Ameera Khan Jadi Sebutan

Sebut sahaja Ameera Khan atau lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK), pasti ramai yang mengenali gadis ini apatah lagi beliau seringkali dijadikan model bagi jenama-jenama mewah antarabangsa.

Mempunyai pesona tersendiri, pastinya pemilik nama Nur Ameera Khan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil memperagakan beberapa aksesori jenama terkenal, miu miu.

Namun, apa yang menarik perhatian sehingga fesyen ini menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan netizen adalah cara Ameera mengenakan hijab dan but berbulu yang dipakainya ketika sesi penggambaran tersebut.

 

Selain itu, dalam ramai-ramai yang mempertikaikan fesyen beliau, masih ramai yang memuji gadis berusia 21 tahun ini yang dilihat persis model terkenal antarabangsa dengan confident level yang cukup memukau.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Ia Memang Menyakitkan!”- Ameera Khan Akui Tertekan Sering Dibandingkan Dengan Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Tak Mahu, Tapi Athisha & Ameera…” – Tak Pilih Anak Sendiri, Ini Alasan Noor Kartini

Salma Syahbuddin