“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph Busker telah meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan. Ramai yang tumpang sedih dan sayu atas kehilangan permata hati mereka termasuk pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal dan pelakon, Rosyam Nor yang menyentuh isu tersebut menerusi program bual bicara Sembang Viral.

“Macam apa yang berlaku kepada kawan kita. Dia pun dah 10 tahun tunggu anak. Saya rasa semua rakyat Malaysia gembira tapi lepas 3 hari tu Allah tarik. Kita semua pun sedih. Tetapi ada hikmahnya, anak yang lahir yang mati awal akan tunggu kedua ibu bapa di syurga”, jelasnya.

Malah, Ustaz Don Daniyal turut menambah bahawa apa yang dikatakan oleh Rosyam Nor itu turut disebut di dalam sebuah Kitab sahih.

“Saya dah nampak apa yang Allah bagi kepada dia adalah jalan ke syurga. Dia tak ada dosa mata Ustaz”, luah Rosyam Nor lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Don Danniyal turut menjelaskan bahawa setiap yang berlaku ke atas hamba-hambaNya mempunyai hikmah tersendiri.

“Para Nabi dan auliya diuji dua kali ganda lebih hebat daripada kita. Jadi kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur dan meneruskan hidup”, jelasnya.

Untuk info, programi Sembang Viral adalah program bual bicara baharu yang bersiaran di TV9.

Kapsul berdurasi 10 minit itu dikendalikan secara bergilir oleh Fedtri dan Datuk Rosyam Nor setiap hari pada jam 7.30 malam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”