“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju.

Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus laris dijual.

Baru-baru ini, peminat sempat memuat naik video Fazura menggayakan koleksi terbaharu tudungnya di laman TikTok.

Tanpa diduga, Fazura dilihat terdiam sebelum menjerit gara-gara terharu melihat seorang wanita menggayakan tudungnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan di ruang TikTok, rata-rata peminat Fazura dilihat memuji reaksi aktres jelita itu.

“So sincere. Price. Tak mahal. Affordable.

“Nampak ikhlas sangat.

“Pernah jumpa masa dekat Sabah. Orangnya manis lembut je,” tulis seorang pengguna.

Dalam pada itu, rata rata peminat turut memuji harga tudung keluarannya yang sangat berbaloi dan mampu milik malah Tengku, Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilihat manis menggayakan tudung jenama Fazura.

Kredit foto: Fazura Fave

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”