Karya Menarik DFKL2018 Sepanjang Mac Ini!

Sebelum menjelangnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019, pelbagai telefilem telahpun disusun untuk tontonan penonton setia TV3. 

Dan, ekoran daripada sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek DFKL 2018, sebanyak enam karya telahpun diterjemahkan menjadi telefilem yang disiarkan di slot cerekarama pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam.

Karya pemenang pertandingan drama pendek DFKL 2018, SMK Kuala Perlis telah diangkat menjadi telefilem berjudul Viral Alam Maya yang telahpun disiarkan pada 23 Februari lalu.

Manakala, lima lagi karya telefilem yang dipilih adalah hasil daripada sesi kongsi idea tahun lalu, antaranya Resort Berhantu (2 Mac 2019), Dulang Boy (9 Mac 2019), 14 Hari (16 Mac 2019), Penunggu Simpang (23 Mac 2019), dan Telapak Waktu (30 Mac 2019).

Jadi, kalau korang nak tengok drama-drama hasil sesi kongsi idea pada DFKL 2018 lalu, korang boleh saksikan dan tengok sendiri  menerusi Youtube Drama Sangat Official atau Youtube TV3 Malaysia Official ya! 

Salma Syahbuddin